Fathimah al-Zahra’ adalah puteri ke-empat Rasulullah saw, yang dilahirkan pada hari Jum’at, 20 Jamadil Akhir. Kelahiran puteri kesayangan Rasul saw ini bertempatan dengan waktu perampungan orang Quraisy menata Ka’bah, sehingga momentum ini berisi kegembiraan yang khas atas baginda Nabi saw yang disampaikannya juga pada Saidatina Khadijah, istri beliau a.s.
Kegembiraan Rasul saw semakin bertambah-tambah, mengingat kemiripan rupa Fatimah az-Zahra dengan rupa beliau Rasul saw. Sebuah hadis yang ditakhrij oleh al-Hakim, diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. dia berkata, “Sesungguhnya Fatimah az-Zahra adalah seorang yang mirip dengan Rasul saw, beliau berkulit putih, berbibir merah, serta berambut hitam.”
Menurut riwayat Ummu Salamah r.a, “Fatimah az-Zahra adalah puteri Rasul saw, yang memiliki karakter mirip dengan karakter Rasul saw.”
Banyak Gelar
Siti Fatimah az-Zahra memi banyak gelar seperti Az-Zahra, Ash-Shadiqah, Al-Batul, dan Ummu Abiha. Akan tetapi, gelar yang paling dikenal adalah Az-Zahra, yang dianugerahi langsung oleh Rasul saw. Gelar ini, mirip dengan sebutan bunga yang semerbak, bagi Nabi saw, karena sang putri ini berkulit putih. Diriwayatkan dari Ja’far bin Muhammad bin Ali r.a., dari Ayahnya, dia berkata, “Saya bertanya kepada Rasulullah tentang Fathimah, “Kenapa kamu menamakannya dengan Fatimah?” Beliau menjawab, “Karana jika dia berdiri di mihrabnya dia akan memancarkan cahaya bagi penghuni langit sebagaimana bintang menyinari penghuni bumi.”
Keutamaan Siti Fathimah
Sangat banyak keutamaan yang dimiliki oleh Siti Fathimah, sebagai sosok perempuan yang mendapatkan bimbingan yang paripurna dari Nabi Muhammad saw dan Ibundanya Siti Khadijah bin Khuwailid. Diantara keutamaan itu, antara lain:
1- Sederhana. Umum mengetahui Siti Fatimah Az-Zahra memiliki budi pekerti mulia, karena sejak kecil beliau beruntung diasuh serta dididik dengan akhlak mulia, langsung oleh Ayahanda Muhammad saw dan Ibunda Siti Khadijah binti Khuwailid. Siti Fathimah r.a. merupakan seorang yang sabar dan tabah dalam mengarungi kehidupan. Kesederhanaan ini menjadi penghias hidupnya, sejak masih hidup bersama Nabi saw maupun sepeninggal beliau, sehingga benar-benar sifat ini terjaga sampai akhir kehidupan.
2-Taat kepada Agama dan Suami. Beliau juga seorang perempuan yang taat kepada agama dan suami. Selain senantiasa menjaga muruah sebagai isteri, beliau membantu suaminya, ‘Ali bin Abi Thalib r.a. melakukan kerja-kerja harian rumah tangga, seperti menumbuk gandum, menghaluskan tepung, serta membakar roti. Demikian juga, beliau menjaga harta di rumah tangga milik keluarga dan suami, serta tidak pernah mengingkari apa-apa yang menjadi amanah dari sang suami, termasuk dalam mendukung perjuangan dakwah Islam yang diperjuangkan oleh sang suami, Saidina Ali karramah wajrah.
3- Pemurah. Siti Fathimah r.a. juga memiliki sifat pemurah, suka bertanggungjawab, serta memiliki semangat jihad yang tinggi. Sifat pemurah Siti Fatimah, misalnya tampak tatkala melihat kedatangan Salman al-Farisi yang kelaparan datang ke rumahnya dengan menyiapkannya santapan makanan. Walau ketika itu Siti Fathimah tidak memiliki makanan, beliau memberikan bahan yang dimiliki untuk ditukar dengan bulgur milik Shamoon, seorang yahudi yang kemudian memeluk Islam.
4- Sanggup Berkorban. Selain itu juga, Siti Fathimah r.a. banyak membantu Rasul saw dalam menegakkan agama Islam. Beliau juga sama-sama berkorban untuk mengembangkan agama Islam yang dibawa oleh Ayahnya dan pengalaman yang dilaluinya mengajar beliau hidup lebih tabah dan sabar. Sifat beliau yang lebih mengutamakan keperluan orang pihak lain dibanding keperluan sendiri ini, tentu layak diteladani oleh kaum muslimat dimana pun berada di masa sekarang dan ke depan.
5- Ibu Teladan. Buah perkawinan beliau r.a. dengan Saidina Ali bin Abi Thalib r.a, dikurniai enam keturunan, yaitu Hassan, Husain, Muhassin, Zaenab, Ummi Kulsum dan Ruqayyah. Siti Fathimah juga berhasil menjadi seorang ibu yang baik bagi semua anak-anak nya, adalah suatu kenyataan yang sulit dibantah. Hasil pendidikan beliau telah melayakkan al-Hassan dan al-Hussain yang dipilih menjadi Saiyidan Syabab Ahli Jannah, sedang Zainab mengadakan majelis Pengajian Khusus untuk wanita (bidang sastera Islam).
6-Sumbangan Kepada Perjuangan Islam. Kalau kita lihat sesungguhnya cukup banyak sumbangan yang diberikan Siti Fathimah r.a. dalam perjuangan Islam, di antaranya beliau juga ikut menjadi pendorong dan pemotivasi kepada Ayahandanya, Rasul saw, ketika Rasulullah saw menghadapi tekanan dan ancaman dari kaum Quraisy Mekkah.
7- Membantu Makanan bagi Tentera Islam Penggali Parit Perang Khandak. Beliau juga menjadi seorang isteri, yang memiliki khidmah besar kepada suaminya Saidina Ali bin Abi Thalib ketika menyampaikan dakwah dan membuat persiapan ketika akan memasuki medan peperangan. Ketika terjadi peperangan, beliau tanpa terkecuali membantu bersama-sama para wanita Islam memberi perawatan kepada tentera Islam yang cedera di dalam pelbagai perang seperti Perang Uhud. Tidak hanya ini, beliau juga membantu perjuangan Islam sejak masih kecil sehingga akhir kehidupan.
Akhir Hayat
Siti Fatimah az-Zahra r.a. meninggal dunia enam (6) bulan setelah wafat Nabi Muhammad saw. Diantara sumber menyebutkan, behwa ketika itu usia beliau 28 tahun, dimakamkan oleh suaminya, Ali bin Abi Thalib di Janat al-Baqi, Madinah. Sebelum wafat, beliau sempat berwasiat dengan tiga hal. Pertama, supaya Saidina Ali bin Abi Thalib r.a kawin dengan Amamah bin al-Ash Bin Rabi’ yaitu anak saudara Zainab r.a. Berkata Saidatina Fatimah, “Sesungguhnya dia akan menjadi seorang ibu bagi anak-anakku seperti diriku dalam hal kasih sayang (yang ada padaku) dan juga kecintaan (yang ada padaku).” Kedua, membuat keranda untuknya yang berbentuk tempat tidur yang diikat dengan pelepah kurma yang menjadi pegangan dari tempat tidur (berbentuk seperti keranda), dan ia ditutupi dengan kain. Ketiga, meminta suaminya menguburkannya di waktu malam di al-Baqi”.
Akhirnya, Siti Fathimah az-Zahra yang berkeperibadian hebat dan unggul, layak diteladani oleh umat Islam masa sekarang dan yang akan datang. Wallahu a’lam (Erfan Soebahar)